Gara-gara tidak melapor ke BKN

Gara-gara tidak melapor ke BKN

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan enam minggu ke atas seorang lelaki penduduk tetap bagi tujuh pertuduhan gagal melaporkan diri ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan mengambil dadah terkawal.

Zakaria bin Haji Duai, 48, mengaku salah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman bagi enam pertuduhan gagal melaporkan diri kepada pegawai BKN seperti yang diarahkan pada 22 Oktober 2013, 6 November 2013, 19 November 2013, 3 Disember 2013, 17 Disember 2013 dan 31 Disember 2013.

pg06_151219_mahkamah logo2

Kesalahan ini membawa kepada denda tidak melebihi $5,000 atau penjara yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Tertuduh juga berdepan dakwaan mengambil Methylamphetamine pada 16 Julai 2013.

Majistret Pengiran Shahyzul mengarahkan hukuman ke atas tertuduh bermula hari ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa BKN, Ainorazimah binti Haji Zabidi.

ARTIKEL YANG SAMA