Gara-gara tinggal melebihi tempoh

Gara-gara tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga kali sebatan ke atas seorang lelaki warga Filipina bagi kesalahan tinggal di Brunei Darussalam selepas pas lawatannya mansuh.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu ke atas Restie Puti-An Panal, 42, yang didakwa tinggal selama 781 hari di negara ini, sejak 25 Februari 2014 sehingga diberkas pada 16 April 2016.

Defendan diberkas oleh anggota Biro Kawalan Narkotik dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Kampung Perpindahan Mata-Mata di mana defendan ketika itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

Kes defendan kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya.

Siasatan mendedahkan defendan memasuki negara ini pada 25 Julai 2013 melalui Terminal Feri Serasa dengan menggunakan pas melawat yang sah sehingga 24 Februari 2014.

Defendan mengaku memberikan pasportnya kepada seorang lelaki tempatan bernama ‘Haji Idris’ untuk melanjutkan tempoh pas melawat namun pihak jabatan tidak mempunyai sebarang rekod mengenai pelanjutan tempoh tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA