Gara-gara ugu...

Gara-gara ugut warga asing

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki warga Indonesia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohammad Hazman bin Awang Nasri, 31, yang didakwa melakukan kesalahan itu dengan mengayunkan batang besi pada muka mangsa sambil menjerit kata-kata kurang elok.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak, Kampung Kapok pada 10 Januari sekitar jam 5 petang.

Pegawai Pendakwa, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali mengemukakan dakwaan di bawah Seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin membenarkan tertuduh diberikan ikat jamin $4,000 atau seorang penjamin tempatan dan menetapkan 19 Januari untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA