Garde calon utama Villa ganti Sherwood

Garde calon utama Villa ganti Sherwood

LONDON, 27 Okt (AFP) – Bekas jurulatih Lyon, Remi Garde muncul sebagai peneraju utama senarai nama yang akan menggantikan Tim Sherwood sebagai pengurus baru Aston Villa.

Bekas midfield Arsenal, yang mengadakan rundingan dengan Newcastle United musim lalu dan dilaporkan menolak pendekatan Sunderland baru-baru ini, dilihat sebagai calon sesuai selepas meninggalkan Lyon pada 2014 untuk berehat seketika atas sebab-sebab peribadi.

Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun di Lyon dan membimbing mereka ke Piala Perancis pada 2012, setelah memenangi Liga Perdana Inggeris pada 1998 sebagai pemain Gunners.

Garde kemungkinan menjadi pilihan utama manakala bekas bos Leicester Nigel Pearson, Brendan Rodgers, yang tidak terikat selepas meninggalkan Liverpool, dan David Moyes yang sedang membimbing Real Sociedad, juga termasuk dalam senarai calon yang akan dipertimbangkan.

Satu-satunya penghalang Garde menurut harian sukan Perancis, L’Equipe ialah mendapatkan kakitangan bilik persalinan yang dia mahukan.

Garde berminat untuk membawa Bruno Genesio dan Gerald Baticle dari Lyon untuk menyertainya tetapi mereka masih bekerja di kelab Ligue 1.

ARTIKEL YANG SAMA