Garden Sentral tawar promosi cuti sekolah

Garden Sentral tawar promosi cuti sekolah

KUALA BELAIT, 16 Mac – Bersempena cuti penggal persekolahan Mac ini, Hotel Garden Sentral akan menawarkan promosi istimewa bermula esok (17 Mac) hingga 3 April depan.

Promosi yang ditawarkan termasuk tempoh masa tinggal pendek dan panjang, sesuai bagi tempat percutian sekeluarga di Kuala Belait.

Untuk tampil lebih istimewa promosi ini juga turut dilengkapkan dengan harga-harga diskaun sehingga 5 hingga 20 peratus di beberapa buah restoran, hotel dan apartmen berkenaan, antaranya Restoran All Seasons menawarkan diskaun 20 peratus, Delifrance, Pastamania, Sushi Tei, Waroeng Penyet kesemuanya menawarkan diskaun harga 10 peratus manakala SugarBun sebanyak 5 peratus.

Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan kolam renang, dan ruang senam gimnasium, serta balkoni peribadi yang bersambung dengan kawasan makan bilik apartmen yang turut membuat tawaran promosi istimewa.

Apartmen yang memberikan perkhidmatan dengan reka bentuk kontemporari moden dilengkapi dengan kawasan dapur, ruang cuci pakaian, ruang makan dan ruang tamu, yang dilengkapi dengan kemudahan set sebesar 42 dan 50 inci LED HD Skrin Tipis menyediakan rangkaian TV terpilih antarabangsa serta percuma Internet Berkelajuan Tinggi (Fiber Optic), tidak kurang juga turut menyediakan ruang balkoni untuk acara BBQ dan bersantai.

Hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti pusat beli-belah, pelbagai jenis restoran makan dan kafe, tempat permainan kanak-kanak, permainan arked, pawagam, kolam renang, pusat senam, kawasan letak kereta, ruang terbuka balkoni dan sebagainya di bawah satu bumbung.

ARTIKEL YANG SAMA