Gary Kang mohon maaf depan 1,000 peminat tinggalkan ‘Running Man’

Gary Kang mohon maaf depan 1,000 peminat tinggalkan ‘Running Man’

PENYANYI Gary Kang tampil memohon maaf di hadapan 1,000 peminat di Taiwan ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man.

Dipetik dari Soompi, Gary mengambil kesempatan itu ketika berada di Taiwan pada sesi bertemu peminatnya ketika mempromosikan pelancongan Korea di negara itu.

“Saya ingin minta maaf kerana tidak lagi bersama Running Man dan terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.

Terdahulu, pihak produksi mengesahkan Gary meninggalkan program itu kerana ingin kembali memberi fokus kepada bidang muzik.

Gary Kang meminta maaf di hadapan 1,000 peminatnya di Taiwan ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man.
Gary Kang meminta maaf di hadapan 1,000 peminatnya di Taiwan ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man.

Dalam pada itu, Gary berkata, walaupun sudah tidak bersama program popular itu dia masih belum dapat meneruskan kehidupannya kerana sudah terbiasa bersama rakan-rakannya dalam rancangan sama.

“Saya sudah melakukan yang terbaik sepanjang enam tahun bersama Running Man.

“Walaupun tidak lagi bersama program itu hati saya sentiasa bersama Running Man dan rasanya saya akan rasa sunyi tanpa kemeriahan kawan-kawan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Gary ber-kata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album terbarunya.

ARTIKEL YANG SAMA