Gary Neville pimpin Valencia

Gary Neville pimpin Valencia

LONDON, 3 Dis (Agensi) – Gary Neville memasang cita-cita untuk membuktikan kemampuan dirinya dalam pengurusan peringkat tertinggi ketika mengambil keputusan menerima jawatan ketua jurulatih baharu Valencia.

Bekas pemain pertahanan England itu mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan untuk menyertai adiknya, Phil Neville bagi mengetuai pasukan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Kini tugas Neville bersama pasukan sehingga hujung musim ini adalah untuk memastikan slot Liga Juara-Juara iaitu sekurang-kurangnya menduduki tempat keempat dalam liga.

“Saya begitu teruja kerana diberi peluang bersama Valencia. Ia kelab yang hebat dan saya tahu perkara ini sejak zaman saya sebagai pemain lagi.

“Saya sentiasa lihat ke depan untuk bekerja dengan kumpulan pemain berbakat dan saya tidak sabar untuk hadapi cabaran akan datang.”

Gary Neville bersama pengurus England Roy Hodgson sebelum perlawanan persahabatan di antara Sepanyol dan England bulan lepas. – Reuters
Gary Neville bersama pengurus England Roy Hodgson sebelum perlawanan persahabatan di antara Sepanyol dan England bulan lepas. – Reuters

Malah bekas tonggak Manchester United juga akan terus kekal sebagai jurulatih skuad kebangsaan England selepas mengadakan perbincangan dengan pengurus sekarang, Roy Hodgson ketika dirinya seakan tidak sabar mengharungi tugas pertamanya dalam bidang pengurusan selepas sudah memiliki lesen profesional.

Ia menjadi langkah pertama diambil kelab itu selepas memecat Nuno Espirito Santos berikutan kekalahan 1-0 kepada Sevilla sekali gus menyaksikan Valencia menghuni tangga kesembilan la Liga.

“Ini akan beri pengalaman untuk dia terus meningkatkan kerjanya di liga Sepanyol sekali gus beri manfaatkan kepada kerja kami bersama skuad England,” kata Hodgson.

“Komitmen Gary terhadap persiapan pasukan untuk Euro 2016 tidak akan terjejas dan saya tabik keputusan dilakukannya.

“Sama seperti jurulatih lain, Gary akan beri komitmen penuh mempersiapkan England untuk saingan Euro serta aksi persahabatan,”.

ARTIKEL YANG SAMA