Gas bocor, penduduk pindah

Gas bocor, penduduk pindah

LOS ANGELES, 25 Dis (AFP) – Kebocoran besar gas asli telah memaksa pemindahan lebih 2,000 buah keluarga dalam komuniti California, dengan kebanyakan mereka dilaporkan jatuh sakit akibat wasap bisa yang merebak ke udara sejak Oktober.

Di bawah penempatan atas arahan mahkamah yang dicapai minggu ini antara syarikat gas dan peguam bandar Los Angeles, Southern California Gas (SoCal Gas) mesti mencari penempatan sementara dalam tempoh 72 jam bagi mana-mana penduduk Porter Ranch yang diminta supaya dipindahkan.

Pada Rabu lalu, syarikat itu mengatakan dia telah memindahkan 2,147 buah keluarga di perumahan sementara manakala beratus-ratus lagi telah meninggalkan sendiri kawasan itu.

Komuniti eksklusif, terletak kira-kira 48 kilometer barat laut pusat bandar Los Angeles, berhampiran dengan salah sebuah padang simpanan terbesar simpanan gas asli di AS, yang mana kebocoran telah dikesan pada 23 Oktober lalu.

SoCal Gas mengatakan ia akan mengambil beberapa bulan untuk membaiki kebocoran di tapaknya di Aliso Canyon, sementara menegaskan ia tidak membawa bahaya kepada kesihatan manusia kerana metana hilang ke udara.

Kerja-kerja pembinaan diteruskan di salah sebuah komuniti ketika penduduk terjejas akibat kebocoran gas di kawasan berkenaan mula dipindahkan di California, pada 22 Disember. – AFP
Kerja-kerja pembinaan diteruskan di salah sebuah komuniti ketika penduduk terjejas akibat kebocoran gas di kawasan berkenaan mula dipindahkan di California, pada 22 Disember. – AFP

Tetapi kebanyakan keluarga melaporkan jatuh sakit akibat wasap itu – dengan simptom termasuklah hidung berdarah dan rasa mual – dan telah memfailkan tindakan mahkamah ke atas syarikat itu dan memindahkan anak-anak mereka dari sekolah di kawasan itu.

Para penduduk juga bimbang nilai hartanah di kawasan itu – yang disifatkan oleh majlis tempatan sebagai komuniti ‘impian’ mempesona – akan merudum kerana kebocoran itu.

Peguam bandar Los Angeles pada awal bulan ini telah memfailkan tindakan mahkamah ke atas SoCal Gas dengan mengatakan ‘tidak ada komuniti ‘seharusnya mengalami apa yang dialami oleh penduduk Porter Ranch akibat dari kegagalan syarikat gas ini untuk menghentikan kebocoran’.

“Ia bukan saja berbau, ia boleh mengakibatkan kesan pada kesihatan akibat pendedahan lama pada kimia seperti benzena,” peguam Mike Feuer menambah kata.

Menurut Lembaga Sumber Udara California, kebocoran itu mengeluarkan antara 44,000 dan 58,000 kilogram metana ke udara sejam. Anggaran terakhir pada 22 Disember menunjukkan 30,300 kilogram metana keluar dalam tempoh sejam.