Gas bocor punca kebakaran

Gas bocor punca kebakaran

Oleh Yusrin Junaidi & Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Sebuah rumah di Kampung Lorong Sikuna ranap dalam kejadian kebakaran yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataannya melaporkan, mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10:29 dan seramai 24 orang anggota dari Balai Bomba Laut, Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran telah dikerahkan ke tempat kejadian bersama empat buah perahu bomba dengan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Operasi D SFR Nohi Erwan Sukarki.

Sebaik tiba di tempat kejadian, api pun sudah marak dan telah memusnahkan keseluruhan rumah. Api berjaya dikawal 14 minit kemudian.

Siasatan mendapati, sambungan yang longgar pada bahagian penyelaras gas LPG dapur menjadi punca kebakaran dan anggaran kerugian yang sudah dikenal pasti sebanyak $65,000, bagaimanapun tiada kehilangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Lorong Sikuna. - Gambar oleh Muiz Matdani
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Lorong Sikuna. – Gambar oleh Muiz Matdani
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Lorong Sikuna dilihat dari Bandar Seri Begawan.
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Lorong Sikuna dilihat dari Bandar Seri Begawan.
Kebakaran di Kampung Lorong Sikuna dilihat dari Kampong Ayer.
Kebakaran di Kampung Lorong Sikuna dilihat dari Kampong Ayer.
Api marak dilihat dari sebuah perahu tambang.
Api marak dilihat dari sebuah perahu tambang.
Seorang anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah yang berpunca daripada sambungan penyelaras gas yang longgar.
Seorang anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah yang berpunca daripada sambungan penyelaras gas yang longgar.

ARTIKEL YANG SAMA