Gascoigne didenda akibat ulasan perkauman

Gascoigne didenda akibat ulasan perkauman

DUDLEY, United Kingdom, 20 Sept – Bekas pemain bola sepak England, Paul Gascoigne didenda 1,000 paun (AS$1,305, 1,168 euro) dan diarahkan untuk membayar 1,000 paun dalam ganti rugi oleh mahkamah semalam kerana membuat ulasan perkauman kepada seorang pengawal sekuriti berkulit hitam pada persembahannya “An Evening With Gazza” tahun lepas.

Mahkamah Majistret Dudley diberitahu Gascoigne, 49, memalukan Errol Rowe, yang diberikan tugasan bagi melindunginya ketika persembahannya di bandar Wolverhampton, English West Midlands pada 30 November tahun lepas, dengan bertanyakannya: “Bolehkah anda senyum, kerana saya tidak dapat melihat anda?”

Hakim Daerah, Graham Wilkinson, mendenda Gascoigne, memberitahu pemain yang bersara itu: “Anda cuba mendapatkan perhatian daripada penonton lebih 1,000 orang kerana warna kulit Rowe.”

Wilkinson menambah: “Rowe jelas dimalukan di atas pentas, sebagai sebahagian daripada tindakan itu.

“Sebagai satu masyarakat adalah penting kita mencabar sikap perkauman yang lebih besar dalam semua bentuk.

Gascoigne (tengah) ketika meninggalkan Mahkamah Majistret Dudley, kelmarin. – AFP
Gascoigne (tengah) ketika meninggalkan Mahkamah Majistret Dudley, kelmarin. – AFP

“Ia adalah rasis ‘tahap rendah’ di mana masyarakat masih perlu mencabar. Mesej yang perlu dihantar bahawa dalam abad ke-21 masyarakat tempat kita hidup, kelakuan seperti perkataan itu tidak akan ditolak ansur.

“Ia tidak dapat diterima untuk mentertawakan perkara seperti ini sebagai bentuk gurauan.”

Ia jelas Gascoigne, yang menempah nama di kelab timur laut, Newcastle United sebelum berada di Tottenham Hotspur, kelab dari Rome, Lazio dan Galsgow Rangers, didakwa menggunakan “mengancam, kata kesat atau menghina” atau kelakuan yang mengakibatkan gangguan rasis, kerisauan atau tekanan, tetapi dia menukar pengakuannya sebelum saksi pertama dipanggil untuk memberikan bukti semalam.

Peguam Simon Davis berkata Rowe berada dalam terkejut dan “bingung” terhadap tindakan Gascoigne itu.

“Pada 30 November, Rowe digaji untuk memberikan perlindungan kepada Gascoigne di (Wolverhampton) Civic Hall,” kata Davis.

“Dia berada dalam kedudukan di mana dia akan meletakkan diri dalam keadaan bahaya jika ada sesuatu yang diperlukan.

“Jelas, perlu ada rasa saling hormat di antara Gascoigne dan Rowe.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA