Gasol pertimbang beraksi di Rio

Gasol pertimbang beraksi di Rio

MADRID, 31 Mei – Bintang bola keranjang Sepanyol, Pau Gasol (gambar) semalam berkata dia mempertimbangkan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik di Brazil pada Ogos depan kerana ketakutan terhadap virus Zika.

“Saya mempertimbangkannya, sama seperti orang lain. Saya rasa ia adalah isu yang penting yang perlu dipertimbangkan,’ kata pemain Chicago Bulls memberitahu wartawan pada acara bagi salah satu penajanya di Madrid.

“Saya berharap jawatankuasa Olimpik kebangsaan dan pertubuhan kesihatan antarabangsa memberikan maklumat sebenar berhubungkait dengan keadaan di Brazil jadi para atlet boleh membuat keputusan,’ tambahnya.

“Kami akan melihat apa yang akan berlaku, tetapi kami perlu meletakkan kesihatan para atlet, keluarga dan peminat yang akan membuat perjalanan ke Brazil terlebih dahulu.”

Gasol, yang ibunya adalah seorang doktor dan yang memulakan kajian perubatan di Universiti Barcelona sebelum keluar untuk menjadi pemain bola keranjang professional, berkata dia cuba untuk menghimpunkan maklumat sebanyak mungkin mengenai virus itu.

pg23_160601_c

Dalam satu pendapat dalam artikel yang diterbitkan dalam akhbar Sepanyol, El Pais awal semalam, Gasol mempertikaikan sama ada pihak berkuasa kesihatan memberikan maklumat yang mencukupi mengenai virus itu.

Pemain itu, 35, mengingatkan bahawa pemain golf Australia, Marc Leishmann menarik diri dari Olimpik Rio minggu lalu kerana ketakutan mengenai virus itu dan dia berkata dia tidak terkejut jika atlet lain melakukan perkara yang sama.

Bintang golf dari Ireland Utara, Rory Mcllroy juga menyuarakan kebimbangan, yang minggu lalu berkata dia akan menolak peluang untuk beraksi di Rio kerana virus Xika.

“Kami perlu membuat keputusan dan langkah untuk memastikan impian Olimpik itu tidak menjadi mimpi ngeri kesihatan,” tulis Gasol, yang membantu Sepanyol memenangi pingat perak pada sukan yang diadakan 2008 dan 2012. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA