Gasquet, Raonic terus mara

Gasquet, Raonic terus mara

MONACO, 12 April (AP) – Richard Gasquet berjaya mengubah semua enam mata breaknya apabila dia menewaskan Nicolas Almagro 6-4, 6-0 kelmarin, dan Milos Raonic menghasilkan 13 aces dalam kemenangan 6-3, 7-5 menentang pemain bukan pilihan Marco Cecchinato dalam pusingan pertama di kejohanan Masters Monte Carlo.

Raonic mematahkan permainan ke-11 pada set kedua dan dengan pantas bergerak 40-0 apabila dia melakukan servis bagi menyudahkan perlawanan.

Cecchinato menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum pemain Itali itu membalas pukulan keluar gelanggang pada mata seterusnya.

“Saya membenarkan diri saya terlalu bermain corak pertahanan di mana saya bermain terlalu jauh di belakang,” kata Raonic. “Ia tidak membenarkan saya untuk menggunakan permainan yang saya mahukan. Saya lebih reaktif berbanding proaktif.”

Walaupun permainan servis kencangnya lebih efektif pada gelanggang pantas, pemain pilihan ke-10 Kanada itu tetap fikir gelanggang tanah liat kekal sesuai dengan permainannya.

Milos Raonic (kiri) dan Richard Gasquet yang mara ke pusingan kedua Kejohanan Monte Carlo Masters. - AFP
Milos Raonic (kiri) dan Richard Gasquet yang mara ke pusingan kedua Kejohanan Monte Carlo Masters. – AFP

“Ia memberikan saya masa,” kata Raonic, yang tewas kepada Stan Wawrinka pada suku akhir di sini dua tahun lalu.

“Ia membenarkan saya untuk berada di depan jika bermain secara betul.”

Raonic kini akan menentang sama ada pemain Sepanyol Daniel Gimeno-Traver atau pemain Uruguay Pablo Cuevas pada pusingan kedua.

Sementara pemain pilihan ke-12 Dominic Thiem dari Austria berjaya menepis tentangan hebat dari pemain Jerman Jan-Lennar Struff 1-6, 6-3, 6-4.

Gael Monfils, yang mara ke separuh akhir tahun lepas juga meneruskan cabaran selepas menewaskan Gilles Muller dari Luxembourg 7-5, 6-0.

Monfils berjaya menyudahkan kesemua mata breaknya menentang Muller, apabila perlawanan dia dan Gasquet disaksikan oleh bekas juara Terbuka Perancis Yannick Noah, yang sekarang ini ketua pasukan Piala Davis Perancis.

“Ia sesuatu yang baik untuknya berada di sini, di mana dia datang dan melihat para pemain,” kata pemain pilihan kesembilan Gasquet, yang seterusnya akan menentang Lucas Pouille.