Gasquet tarik diri beraksi di Rio

Gasquet tarik diri beraksi di Rio

PARIS, 19 Julai – Pemain tenis Perancis, Richard Gasquet menarik diri daripada beraksi di temasya Olimpik, Rio, Brazil bulan depan selepas dilanda kecederaan belakang, kata Persekutuan Tenis Perancis (FFT), semalam.

Tempatnya akan digantikan oleh Benoit Paire. Ini kali kedua pemain berusia 30 tahun itu yang memenangi pingat gangsa dalam acara beregu bergandingan dengan Julien Benneteau di London, empat tahun lalu selepas turut terlepas aksi di Beijing, China pada 2008.

“Kecederaan di belakang, Richard Gasquet menarik diri daripada beraksi di Olimpik. Dia akan digantikan dengan Benoit Paire,” kata FFT dalam satu kenyataan.

Gasquet yang ketika ini menghuni ranking ke-14 dunia tidak bermain secara kompetitif sejak menarik diri daripada pusingan keempat di Wimbledon, awal bulan ini ketika bertemu rakan senegaranya, Jo-Wilfried Tsonga. – AFP

Gasquet menarik diri daripada beraksi di temasya Olimpik, Rio, Brazil bulan depan selepas dilanda kecederaan belakang. – AP
Gasquet menarik diri daripada beraksi di temasya Olimpik, Rio, Brazil bulan depan selepas dilanda kecederaan belakang. – AP

ARTIKEL YANG SAMA