Gasquet tumbangkan Wawrinka

Gasquet tumbangkan Wawrinka

LONDON, 9 Julai (AFP) – Richard Gasquet beraksi cemerlang untuk menumbangkan juara Terbuka Perancis yang juga pemain pilihan keempat, Stan Wawrinka 6-4, 4-6, 3-6, 6-4, 11-9 untuk mara ke suku akhir tenis Wimbledon menentang juara bertahan, Novak Djokovic.

Bermain sebagai pemain pilihan ke-21, ia adalah penampilan kedua Gasquet di separuh akhir Wimbledon dengan kali pertama lapan tahun lalu.

Pertemuan dengan Djokovic bagaimanapun agak beranjau kerana rekod pertemuan menunjukkan berpihak kepada pemain Serbia iaitu 11-1.

Pada pertemuan dengan Wawrinka, Gasquet bagaimanapun diheret ke permainan lima set dengan Wawrinka bangkit untuk menang dua set selepas ketinggalan set pertama.

Namun, Gasquet, 29, dari Perancis menang set ketiga untuk mengajak Wawrinka ke set penentuan yang menyaksikan pemain Switzerland itu rebah 11-9.

Richard Gasquet terjatuh ketika cuba untuk mengembalikan pukulan kepada Stan Wawrinka dalam aksi suku akhir Kejohanan Wimbledon di All England Club semalam. – AFP
Richard Gasquet terjatuh ketika cuba untuk mengembalikan pukulan kepada Stan Wawrinka dalam aksi suku akhir Kejohanan Wimbledon di All England Club semalam. – AFP

“Ia permainan yang cukup sukar dan saya melakukan beberapa kesilapan. Dia (Waerinka) nyata mempunyai keyakinan yang tinggi selepas aksi di Paris dan saya perlu terus mengasaknya.

“Saya amat gembira kerana menang dalam perlawanan yang besar ini,” kata Gasquet.

Mengenai pertembungan dengan Djokovic, Gasquet berkata: “Ia juga amat sukar namun saya gembira dengan gaya permainan saya hari ini.

“Saya cuba melakukan yang terbaik sekali lagi untuk menentang pemain terbaik di dunia,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA