Gatlin diejek pada acara 100m

Gatlin diejek pada acara 100m

RIO DE JANEIRO, 15 Ogos – Tewas satu masalah. Justlin Gatlin tidak menyangka dia akan diejek pada perlumbaan 100 meter akhir Olimpik.

“Kami semua menghormati sesama sendiri,” kata pelari pecut dari AS itu mengenai pesaingnya. “Saya mahu melihat semua orang saling menghormati di bahagian penonton.”

Sejarah dadah Gatlin dan melalui dua penggantungan selalu menjadi sebahagian daripada saingannya bersama Usain Bolt. Kadangkala, Bolt menentang Gatlin disifatkan sebagai baik menentang kejahatan.

Apabila Gatlin keluar ke kawasan balapan bagi acara akhir 100 m di Rio de Janeiro, suara ejekan didengarkan sekitar Stadium Olympik itu. Dia berkata dia tidak fokus terhadap mereka, dan dari melihat bendera berwarna merah, putih dan biru, AS. Tetapi cara dia mengerutkan wajahnya apabila penonton menjerit ke arahnya yang tidak disedarinya.

“Ia mengejutkan. Saya tidak mendengar, saya tidak melihat ia berlaku sebelum ini,” kata Bolt. “Tetapi saya rasa sebahagian orang adalah lebih lantang dari yang lain.”

pg24_160816_olympic logo

Justin Gatlin (kanan) yang hanya mampu meraih tempat kedua dalam acara larian 100 meter. – AFP
Justin Gatlin (kanan) yang hanya mampu meraih tempat kedua dalam acara larian 100 meter. – AFP

Ia adalah malam yang mengecewakan bagi Gatlin dia memenangi pingat perak namun perlumbaan itu meningkat sebagai peluang hebat baginya untuk menewaskan Bolt dalam final Olimpik. Disambut dengan ejekan, Gatlin kemudian menyaksikan Bolt mengatasinya dalam gelaran ketiga bersejarah Olimpik dalam 100 meter.

“Sudah pasti mengecewakan,” Gatlin, 34, meletakkan wajah yang berani.

“Saya hormat terhadap Usain,” kata Gatlin, yang memenangi pingat Olimpik dalam Sukan Athens 2004 dan pingat gangsa empat tahun lalu di London. “Jauh dari litar, dia seorang yang hebat, dia seorang yang tenang, tiada persaingan di antara kami. Tidak terdapat permusuhan. Saya seorang pesaing, dia seorang pesaing dan dia membawa saya menjadi seorang atlet di mana saya berada pada hari ini. Saya berharap dia boleh menyatakan yang sama bagi saya.”

Bolt juga melakukan yang sama.

“Saya secara peribadi merasakan dia seorang atlet yang hebat,” kata Bolt. “Dia hadir dan menolak anda untuk berlari lebih laju dan berada pada kedudukan terbaik sepanjang masa.” – AP