Gatlin kuasai 100m

Gatlin kuasai 100m

LAUSANNE, Switzerland, 10 Julai (AFP) – Justin Gatlin mudah menewaskan dua pencabar utamanya, apabila mencatatkan kepantasan 9.75 saat dalam perlumbaan 100 meter di Liga Berlian Athletissima di sini, malam tadi.

Gatlin yang semakin menyerlah, meninggalkan pelari Jamaica, Asafa Powell, yang mencatatkan 9.92 saat, kepantasan sama dilakukan rakan negaranya, Tyson Gay untuk berada di tempat ketiga.

Catatan yang dilakukan Gatlin dari Amerika Syarikat itu bagaimanapun 0.01 saat lebih perlahan berbanding catatan terbaik dunia yang dilakukannya, namun juara Olimpik 2004 itu terus kekal tidak pernah tewas sejak 2013.

“Saya suka trek ini! Tahun lepas saya berlari 9.79saat, tahun ini saingan daripada Tyson Gay dan Asafa Powell lebih sengit,” kata Gatlin yang melanjutkan lariannya tanpa tewas kepada 26 sejak Ogos 2013.

“Sentiasa baik untuk menghadapi yang terbaik. Ia seperti satu tinju heavyweight. Itulah yang saya mahu lakukan.”

Gatlin meraikan kemenangannya di Liga Berlian Athletissima di Lausane, Switzerland semalam. – Reuters
Gatlin meraikan kemenangannya di Liga Berlian Athletissima di Lausane, Switzerland semalam. – Reuters

Berikutan kejayaannya itu, dia dilihat sebagai calon terbaik untuk ditewaskan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing pada bulan depan, tatkala penyandang juara Usain Bolt masih bergelut dengan masalah kecederaan.

Gatlin, juara 100m Olimpik 2004 yang seterusnya menjalani pengharaman dadah dua tahun sebelum memenangi gelaran 60m tertutup dunia 2012, gangsa Olimpik London dan perak dunia di Moscow setahun kemudian, menambah: “Saya mahu pergi lebih cepat.

“Semasa perlumbaan saya berada di zon saya dan benar-benar merasa hebat. Saya gembira dengan Tyson juga. Salah satu matlamat besar saya adalah rekod Amerika.”

ARTIKEL YANG SAMA