Gatlin tetap sertai Rio

Gatlin tetap sertai Rio

ROME, 3 Jun – Justin Gatlin sudah dalam perjalanan ke Rio de Janeiro dan dia tidak bimbang mengenai virus Zika yang merebak di Brazil.

Selepas menang dalam acara 100 meter pada Golden Gala dekat Rome semalam, acara seterusnya yang akan disertai Gatlin ialah perlumbaan jalanan di Rio, Ahad ini.

“Saya rasa saya terlebih dulu akan merasainya,” kata Gatlin. “Saya akan ke Rio malam ini.”

Pelari pecut Amerika Syarikat (AS) itu akan kembali ke temasya Rio pada Ogos sebagai antara pencabar utama pingat.

“Kami tiada peluang untuk Final Four. Kami tiada peluang untuk Super Bowl. Inilah kejohanan kami. Zika tidak membunuh saya, saya akan berada di sana untuk melengkapkan impian Olimpik saya,” kata Gatlin.

Aksi Gatlin selepas memenangi acara 100 meter lelaki pada pertandingan Golden Gala di Stadium Olimpik di Rom. – AFP
Aksi Gatlin selepas memenangi acara 100 meter lelaki pada pertandingan Golden Gala di Stadium Olimpik di Rom. – AFP

Brazil teruk dilanda Zika, virus dibawa nyamuk yang dikaitkan dengan kesan teruk terhadap kelahiran dan kemungkinan masalah otak kepada orang dewasa.

Berbeza sebalik bagi atlet berbasikal Amerika Syarikat, Tejay Van Garderen menarik diri daripada pemilihan bagi pasukan Amerika Syarikat (AS) ke Olimpik Rio berikutan kebimbangan penularan virus Zika.

Keputusannya itu kerana Zika boleh memberi risiko terhadap isterinya yang sedang mengandung, kata Persatuan Berbasikal AS, semalam.

Pegawai kesihatan AS merumuskan bahawa jangkitan Zika, virus yang dibawa nyamuk, memberi kesan terhadap wanita mengandung kerana boleh menyebabkan kepala bayi menjadi kecil seterusnya masalah teruk dalam pembesaran.

“Walaupun risiko berkaitan Virus Zika boleh menjadi minimum dan langkah pencegahan boleh diambil, isteri saya Jessica sedang mengandung, dan saya tidak mahu mengambil risiko membawa pulang sesuatu yang boleh memberi kesan,” kata Van Garderen dalam kenyataannya. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA