Gator Sports buka cawangan kedua

Gator Sports buka cawangan kedua

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Kedai Gator Supplement yang kini dijenamakan semula sebagai Gator Sports telah membuka cawangan keduanya di Kiulap, hari ini.

Hadir pada majlis pembukaan kedai berkenaan pagi tadi ialah Pengurus Stor Gator Sports, Dayangku Sabrina binti Pengiran Abdullah, ahli-ahli dan kakitangan di kedai berkenaan serta para pelanggan mereka.

Kedai Gator Sports yang mula beroperasi sebagai sebuah kedai suplemen di Brunei sejak tahun lepas itu membuka cawangan terbarunya ini sebagai kedai sehenti bagi memenuhi keperluan atlet dan peminat sukan di Brunei.

Gator Sports juga dikenali sebagai pengedar untuk jenama terkenal seperti BSN dan jam tangan Garmin.

Gambar ramai kakitangan kedai berkenaan.
Gambar ramai kakitangan kedai berkenaan.
Pelbagai produk suplemen yang boleh didapati di kedai Gator Sports.
Pelbagai produk suplemen yang boleh didapati di kedai Gator Sports.

Di samping menawarkan pelbagai perkhidmatan membeli-belah, Gator Sports turut menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi pelanggan yang gemar membuat pembelian secara online.

Gator Sports berharap akan dapat menjadi kedai sukan pilihan negara ini di samping meningkatkan lagi hubungan pelanggan melalui perkhidmatan pelanggan dan pengalaman kedai secara eksklusif.

Kedai Gator Sports yang pertama terletak di Hotel Orchid Garden.

ARTIKEL YANG SAMA