Gawai: Dapatkan tiket terlebih dahulu

Gawai: Dapatkan tiket terlebih dahulu

SIBU, 25 Mei (Bernama) – Orang ramai yang ingin pulang ke rumah panjang mereka untuk sambutan Gawai Dayak dinasihatkan mendapatkan tiket terlebih dahulu sebelum menaiki mana-mana bot ekspres, kata pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (SRB) Dr Murni Suhaili.

Katanya dengan cara ini, ia dapat mengelak keadaan lebihan muatan sehingga boleh menjejaskan keselamatan penumpang bot ekspres.

“SRB akan melaksanakan dasar ‘Tiada Tiket Tak Boleh Masuk’ dengan lebih tegas bagi mengelak lebihan muatan,” katanya semasa melancarkan “Operasi Gawai” Lembaga Sungai Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata para penumpang perlu menunjukkan tiket mereka dan mendaftar nama mereka dengan pegawai bertugas sebelum dibenarkan menaiki bot ekspres. Mereka juga dilarang meletakkan barangan yang sangat besar di atas bumbung bot.