Gawang Buffon terus ditembusi Icardi

Gawang Buffon terus ditembusi Icardi

MILAN, 19 Sept – Pemain penyerang Inter Milan, Mauro Icardi meneruskan rentak cemerlangnya menentang Gianluigi Buffon dengan menjaringkan gol ketujuhnya yang menewaskan penjaga gol Juventus itu dari lapan pertemuan lalu mereka semalam.

Icardi menggambarkan Buffon ‘bogey man” setelah pemain penyerang itu menjaringkan enam gol sehingga pertemuan “Derby d’Italia’ semalam tiga kali bagi bekas kelab Sampdoria dan tiga kali bagi Inter.

Semalam, Icardi melepasi pemain pertahanan Juventus untuk membuat tandukan penyamaan minit ke-68 yang menewaskan Buffon bagi keceriaan di San Siro, di mana Ivan Perisic kemudian menanduk masuk gol kemenangan 12 minit sebelum tamat untuk mengejutkan juara itu 2-1.

Ia adalah keputusan terbalik pertama Juventus musim ini, kali pertama Inter menewaskan mereka di San Siro sejak zaman kegemilangan Jose Mourinho pada 2010.

Tetapi Icardi dalam kesakitan untuk menjelaskan rentak jaringannya menentang Juventus, yang menyasarkan rekod keenam berturut-turut bagi gelaran Serie A musim ini.

“Saya tidak mempunyai sesuatu untuk menentang mereka, ia adalah salah sebuah pasukan yang saya suka untuk menjaringkan gol. Mungkin saya hanya bernasib baik,” Icardi memberitahu Sky Sport.

“Tetapi ia selalu hebat untuk menjaringkan gol menentang pesaing besar seperti Juventus.”

Kemenangan kedua Inter musim ini membantu membuat perubahan bagi kekalahan 2-0 San Siro kepada pasukan dari Israel, Hapoel Beer Sheva dalam Liga Europa pada Khamis lalu.

Keputusan itu mencetuskan laporan bahawa jurulatih Frank De Boer akan menghadapi pemecatan.

Tetapi Icardi berkata ‘Nerazzurri’ yang bergelut untuk membuat impak di bawah De Boer, tidak akan terbawa-bawa. – AFP