Gay catat 9.87 saat di Hayward

Gay catat 9.87 saat di Hayward

EUGENE, AS, 28 Jun (AFP) – Pelari pecut veteran, Tyson Gay memenangi acara 100 meter temasya olahraga Amerika Syarikat (AS), di Hayward Field, untuk sekali gus layak kejohanan dunia buat pertama kali sejak 2009.

Gay, 32, yang digantung setahun akibat kesalahan penggunaan dadah sebelum ini, mencatat masa 9.87 saat bagi mengenepikan pencabar terdekatnya berusia 19 tahun, Trayvon Bromell yang mencatat 9.96 saat. Tempat ketiga menjadi milik Mike Rodgers dengan catatan 9.97 saat, dan turut layak ke Beijing, China pada Kejohanan Dunia, 22 hingga 30 Ogos ini.

AS akan menghantar empat pelari pecut pada ke temasya dunia itu termasuk Justin Gatlin yang digantung dua kali sebelum ini, selepas lebih dulu layak menerusi kejuaraan Liga Berlian 2014.

Sementara itu, bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell memenangi acara 100 meter dalam saingan final ujian pemilihan Jamaica dengan catatan masa, 9.84 saat, di Kingstone, Jamaica semalam.

Gay (kiri) melintasi garisan penamat di hadapan Bromell dalam acara 100 meter temasya olahraga di Heyward Field, AS semalam. – AFP
Gay (kiri) melintasi garisan penamat di hadapan Bromell dalam acara 100 meter temasya olahraga di Heyward Field, AS semalam. – AFP

Kemenangan berkenaan adalah kali ketujuh buat pelari deras berusia 32 tahun ini selepas mendominasi perlumbaan tiga pusingan itu dengan pecutan bertenaga.

Terdahulu, juara dunia tahun 2011, Yohan Blake, gagal mara ke final selepas hanya mampu mencatatkan masa 10.35 saat untuk menduduki tempat keenam di peringkat separuh akhir sebelum itu.

Pemegang rekod dunia, Usain Bolt sebelum ini dilapor akan turut serta acara 100 meter ini, namun menarik diri di saat akhir atas nasihat jurulatihnya. Dia sudah pun layak ke final Kejohanan Dunia di China pada Ogos ini.