Gaya sihat melalui aktiviti riadah

Gaya sihat melalui aktiviti riadah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Sebanyak tiga acara sukan bakal diadakan di Kawasan Letak Kereta, Taman Riadah Bukit Mengkubau yang akan dibukakan kepada semua peminat sukan di kawasan berkenaan bermula pada 7 hingga 9 Oktober ini.

Kejohanan itu akan dibahagikan kepada tiga bahagian antaranya Kategori Veteran 40 tahun ke atas, Kategori Terbuka dan Kategori Kanak-kanak bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.

Antara acara yang akan diadakan sepanjang sukan tersebut berlangsung ialah Street Soccer Friendly & Fun Tournament. Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak $15 bagi tujuh orang sepasukan dan penyertaan perlu dibuat sebelum 6 petang pada 5 Oktober ini nanti.

Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi Awang Amir di talian 8685728 dan Awang Man melalui talian 8867312.

Sementara itu bagi acara Netball Friendly & Fun Mini Tournament pula akan berlangsung pada 9 Oktober pada jam 2 petang dan setiap penyertaan dikenakan yuran $30 dan bolehlah berhubung terus dengan Dayang Ayu di talian 8978907 dan Dayang Rara di talian 8882936.

Satu lagi acara yang akan didakan nanti ialah Pertandingan Basikal Fixie Shows, Fixie Freestyles dan Fixie LED Lamp Shows pada hari Jumaat, 7 Oktober jam 2 petang dengan yuran penyertaan $3 seorang.

Pertandingan tersebut akan dibukakan kepada peminat-peminat basikal fixie dari penduduk-penduduk RPN Kampung Panchor, Mengkubau dan kawasan kampung yang berhampiran.

Menurut jurucakap penganjuran majlis, acara tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk RPN dan kampung-kampung yang berhampiran, selain menjadi wadah amalan gaya hidup sihat serta menyahut baik semangat perpaduan dalam satu kawasan kejiranan yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA