GBS Iskandar sasar pelaburan RM6.5 bilion

GBS Iskandar sasar pelaburan RM6.5 bilion

ISKANDAR PUTERI, 17 April (Bernama) – Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Iskandar, yang menyasar untuk membantu syarikat-syarikat tempatan dan asing menubuhkan operasi GBS mereka di sini, berharap dapat menarik RM6.5 bilion pelaburan pada 2020.

Pelaburan itu akan mewujudkan hampir 14,000 pekerjaan bernilai tinggi dan berasaskan pengetahuan, kata Pengarah Urusan i2M Ventures Sdn Bhd Zulfiqar Zainuddin.

“Setakat ini, lapan syarikat telah melabur di sini dengan pelaburan komited sebanyak RM1.2 bilion bagi tempoh lima tahun lepas, mewujudkan 2,269 pekerjaan bernilai tinggi dan berasaskan pengetahuan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran GBS Iskandar di Pinewood Studios di sini Sabtu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merasmikan pelancaran berkenaan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) bersama Pengarah Urusan i2M Ventures, Zulfiqar Zainuddin (kiri) dan Pengerusinya Datuk Hisham Hamdan (kanan) merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ISKANDAR di Pinewood Studio pada Sabtu lalu. – Bernama
Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) bersama Pengarah Urusan i2M Ventures, Zulfiqar Zainuddin (kiri) dan Pengerusinya Datuk Hisham Hamdan (kanan) merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ISKANDAR di Pinewood Studio pada Sabtu lalu. – Bernama

Zulfiqar berkata i2M Ventures sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak yang berminat serta menyifatkannya sebagai suatu yang baik dan menjangka lebih banyak perkembangan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Program GBS Iskandar, diuruskan oleh i2M Ventures, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

GBS Iskandar akan memanfaatkan lokasi strategik Iskandar Puteri, kos daya saing, keupayaan bahasa dan berkemahiran tinggi dan kumpulan bakat berbilang kaum.

Ia akan ditambah kepada projek permulaan (EPP) 2 sedia ada Perkhidmatan Perniagaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi.

ARTIKEL YANG SAMA