GCC adakan mesyuarat luar biasa Sabtu ini

GCC adakan mesyuarat luar biasa Sabtu ini

DUBAI, 6 Jan (Reuters) – Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengumumkan hari ini ia akan mengadakan satu mesyuarat luar biasa di Riyadh Sabtu ini bagi membincangkan ketegangan dengan Iran selepas serangan ke atas kedutaan Arab Saudi di negara itu.

Ketegangan antara Arab Saudi dan Iran mengancam melengahkan usaha menamatkan perang saudara lima tahun Syria di mana Arab Saudi dan sekutu Arab Teluk menyokong kumpulan pemberontak menentang Presiden Syria Bashar al-Assad yang disokong Iran.

Mereka juga menimbulkan keraguan berhubung peluang penyelesaian secara aman di Yaman, di mana tentera gabungan diketuai Arab Saudi mengebom pemberontak Houthi selama sembilan bulan. Setiausaha Agung GCC, Abdullatif Rashid Al Zayani, dalam kenyataan menerusi e-mel, berkata menteri luar negara GCC akan mengadakan mesyuarat luar biasa di Riyadh Sabtu ini.

“Ia bagi membincangkan akibat daripada serangan ke atas Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan konsulatnya di bandar Mashhad,” katanya.