Gegaran 5.2 magnitud landa Jepun

Gegaran 5.2 magnitud landa Jepun

TOKYO, Jepun, 19 Julai – Satu gempa bumi dengan kekuatan awal 5.2 magnitud melanda timur Jepun hari ini, menurut agensi kaji cuaca.

Gempa itu didaftar pada skala 4 pada 12:57 tengah hari, melalui skala seismik Jepun yang kemudian meningkat pada skala 7 di timur Jepun wilayah Chiba, menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Pusat gempa itu pada latitud 35.4 darjah utara dan longitud 140.4 darjah timur dan berlaku pada kedalaman 30km, tambah agensi itu lagi.

Gegaran itu boleh dirasai di pusat Tokyo dan juga menggegarkan wilayah timur Jepun lainnya termasuk Kanagawa dan Ibaraki.

Setakat ini, tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA