Gegaran dirasai di beberapa kawasan di selatan pulau Jawa

Gegaran dirasai di beberapa kawasan di selatan pulau Jawa

JAKARTA, 12 Nov (Agensi) – Satu gempa berukuran 5.6 pada skala Richter, berpusat di Lautan Hindi, melanda beberapa kawasan di barat Jawa petang kelmarin, menurut Agensi Pengurangan Bencana Alam (BNPB).

“Gegaran itu sangat kuat dirasai di kawasan selatan Yogyakarta dan Jawa Tengah, juga beberapa kawasan di bahagian selatan Jawa Barat dan Jawa Timur,” kata ketua pusat maklumat dan data BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Bagaimanapun gempa tersebut tidak cukup besar untuk menyebabkan Tsunami.

Sebelum ini, Agensi Meterologi, Climatologi dan Geofisik (BMKG) mengumumkan bahawa pusat gegaran gempa 5.6 pada skala Richter itu, yang melanda pada 6:45 petang waktu tempatan, terletak di lautan Hindi kira-kira 120 km barat daya daerah Bantul di wilayah istimewa Yogyakarta dalam kedalaman 93 km.