Gegaran gempa bumi sekuat 6.9 di tengah Atlantik: USGS

Gegaran gempa bumi sekuat 6.9 di tengah Atlantik: USGS

WASHINGTON, 29 Ogos – Gempa bumi 6.9 pada skala Richter melanda utara pulau Ascension di tengah Atlantik awal hari ini, Balai Cerap Amerika Syarikat (USGS) berkata, walaupun tiada laporan mengenai sebarang kerosakan.

Gempa bumi itu melanda di Khatulistiwa utara pulau-pulau terpencil pada 0429 GMT, dengan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan gegaran tersebut, kata USGS.

Pusat Amaran Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata tiada jangkaan berlakunya tsunami. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA