Gelagat si cilik curi perhatian

Gelagat si cilik curi perhatian

TEMBURONG, 7 Jan – Pelbagai gelagat si cilik dapat dilihat pada hari pertama mereka memulakan alam persekolahan dalam kelas tadika di Sekolah Pai Yuek, Temburong, hari ini.

Tahun ini, seramai 17 orang kanak-kanak berusia empat tahun didaftarkan di kelas Kindergarten (KG) 1 dan 14 orang dalam kelas KG 2, melengkapkan jumlah 81 orang murid dari tadika sehingga Darjah 6 di sekolah swasta berkenaan.

Sekolah Pai Yuek dibina sekitar tahun 1950an di Pekan Bangar dan berasaskan blok-blok sekolah yang diperbuat daripada kayu.

Kini, sekolah berkenaan memiliki bangunan baru yang lebih kondusif dan komprehensif termasuk bilik komputer, dewan sekolah dan kawasan letak kereta yang luas.

Sekolah berkenaan telah banyak melahirkan cendekiawan cemerlang dan berjaya dalam pembangunan negara dan diharap akan terus menyediakan pembelajaran yang lebih baik dan berkualiti kepada para pelajarnya. – Ampuan Irma Susanti

Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat disaksikan pada hari pertama persekolahan.
Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat disaksikan pada hari pertama persekolahan.

ARTIKEL YANG SAMA