Gelanggang utama Perancis perlu cahaya

Gelanggang utama Perancis perlu cahaya

PARIS, 28 Mei – Novak Djokovic merayu bagi para penganjur Terbuka Perancis untuk membina limpahan lampu di gelanggang utama Philippe Chatrier Roland Garros selepas dia dipaksa untuk menamatkan perlawanan pusingan ketiganya pada jam 9:30 malam (1930GMT) awal pagi tadi waktu Brunei.

Pemain nombor satu dunia Djokovic, sangat-sangat teringin untuk menjulang gelaran Paris pertamanya dan menjadi hanya orang kelapan untuk melengkapkan Grand Slam career, namun terpaksa untuk mengubah pelannya apabila menentang pemain Britain Aljaz Bedene yang berakhir dalam kegelapan malam.

Pemain pilihan utama itu perlu bergegas untuk menamatkan servis penutupnya sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-2, 6-3, 6-3 ke atas Bedene dan menempah tempat di pusingan keempat.

“Ia semakin gelap. Saya berharap dalam masa terdekat Roland Garros akan mempunyai sekurang-kurang lampu di gelanggang utama dan gelanggang Suzanne Lenglen.

Maksud saya, bagi kejohanan Grand Slam anda perlu mempunyai lampu-lampu,” kata pemain berusia 29 tahun dari Serbia itu.

Djokovic terpaksa bermain dengan kegelapan disebabkan gelanggang utama tidak mempunyai lampu yang terang. - AFP
Djokovic terpaksa bermain dengan kegelapan disebabkan gelanggang utama tidak mempunyai lampu yang terang. – AFP

“Saya amat berharap kami boleh bermain di bawah lampu secepat mungkin bagi situasi-situasi tertentu, terutamanya memandangkan fakta ramalan keadaan cuaca tidak begitu baik kebelakangan ini. – AFP