Gelaran Cotto dilucutkan

Gelaran Cotto dilucutkan

AMERIKA SYARIKAT, 18 Nov (Reuters) – Miguel Cotto dilucutkan dari gelaran middleweight Majlis Tinju Dunia (WBC) empat hari menjelang pertarungan besarnya menentang Canelo Alvarez dari Mexico di Las Vegas, kata badan hukuman semalam.

Pertarungan Cotto-Alvarez, menentang petinju veteran Cotto (40-4) berbanding petinju muda Alvarez (45-1-1) akan diteruskan biarpun pengiktirafan kejuaraan WBC terhadap Cotto kerana keengganan untuk menandatangani persetujuan pertarungan itu.

Menurut sumber yang bercakap kepada ESPN, Cotto, 35, enggan membayar yuran hukuman $300,000 Majlis Tinju Dunia dalam pertarungan yang akan membolehkannya menghasilkan $30 juta. Alvarez, 25, bekas juara middleweight junior, boleh memenangi gelaran middleweight WBC jika dia menewaskan Cotto, kata WBC.

Tidak ada ulasan segera dari kem Cotto.

“Keputusan WBC berdasarkan fakta bahawa Miguel Cotto dan kemnya tidak bersedia mematuhi peraturan dan undang –undang WBC, dan keadaan tertentu yang dihasilkan WBC untuk menyekat pertarungan itu,” kata WBC dalam kenyataan.

Presiden WBC, Mauricio Sulaiman berkata dalam laman wab pertubuhan tinju itu bahawa keputusan Cotto untuk tidak menandatangani persetujuan bagi pertarungan di Las Vegas adalah sedih dan mengecewakan.

“Pertarungan itu masih ada di sana, ia laris dan mereka akan menghasilkan berjuta dolar,” kata Sulaiman.

“Malangnya, sukan tersebut tidak dihormati.. Jika Canelo menang, dia adalah juara, jika Canelo tewas, kami akan melangkah ke depan.” Sulaiman berkata jika Alvarez menang, pertarungan seterusnya adalah menentang juara sementara WBC, Gennady Golovkin (34-0) dari Kazakhstan.