Gelaran IBF Fury dilucutkan

Gelaran IBF Fury dilucutkan

LONDON, 9 Dis – Juara Heavyweight Dunia Tyson Fury telah dilucutkan dari gelaran IBF, salah satu daripada tiga gelaran yang dimenanginya selepas mengalahkan vladimir Klitschko, selepas bersetuju ke atas kontrak perlawanan semula dengan peninju Ukraine itu dan bukannya melawan pencabar mandatori IBF.

“Ya, betul. Dia telah dilucutkan daripada gelaran IBF,” Lindsey Tucker, pengerusi kejohanan IBF, memberitahu BBC kelmarin.

“Pencabar bagi gelaran IBF ialah Vyacheslav Glazkov, tetapi sebaliknya Fury pergi dan menandatangani perlawanan semula dengan Vladimir Klitschko.”

Peninju yang berusia 31 tahun dari Ukraine itu, Glazkov mempunyai rekod 21-1.

Fury mengalahkan Klitschko, yang telah memegang juara dunia selama 11 tahun, dan pada 28 November lepas bercadang untuk meneruskan rekod tanpa kalahnya kepada 25 perlawanan profesional.

Tyson Fury dilucutkan dari salah satu gelaran yang dimenanginya apabila membuat keputusan untuk menerima perlawanan semua menentang Klitschko. – Reuters
Tyson Fury dilucutkan dari salah satu gelaran yang dimenanginya apabila membuat keputusan untuk menerima perlawanan semua menentang Klitschko. – Reuters

Kontrak bagi perlawanan gelaran bulan lepas di Dusseldorf termasuk klausa perlawanan semula, yang mana Klitschko berkata minggu lepas dia mahukannya.

Tarikh dan tempat perlawanan bagaimanapun belum lagi dapat disahkan.

Kemenangan itu telah memberikan tiga gelaran heavyweight kepada Fury iaitu WBA, WBO dan IBF, dengan tali pinggang WBC kini berada di tangan Deontay Wilder dari Amerika Syarikat. – Reuters