Gelombang hab...

Gelombang haba di India ragut 37 jiwa

NEW DELHI, 20 April – Gelombang haba melanda India dengan suhu mencecah 45 darjah Celsius di beberapa kawasan di negara itu, menurut pegawai jabatan meteorologi lapor agensi berita China Xinhua.

Di negeri selatan Telangana, sekurang-kurangnya 37 orang maut sejak awal bulan ini, memetik All India Radio (AIR).

“Semalam cuaca panas terik berlaku di Punjab, Haryana, Chandigarh dan Delhi,” kata kenyataan Jabatan Meteorologi India, semalam.

Keadaan gelombang haba melampau turut dilaporkan melanda Vidarbha dan di kawasan terpencil Jharkhand, Madhya Pradesh, Madhya Maharashtra dan Uttar Pradesh.”

Pada Rabu, suhu maksimum tertinggi iaitu 46.2 darjah Celsius dicatatkan di Chandrapur (Vidarbha) di Maharashtra manakala di Delhi mencatatkan bacaan 44 darjah Celsius.

Sehubungan itu juga kerajaan Telangana melanjutkan cuti musim panas kepada semua sekolah.

Amaran dikeluarkan kepada orang ramai supaya tidak berada di kawasan terbuka antara pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Pihak zoo di seluruh India pula, pegawai penjaga meletakkan alat penyejuk di dalam kandang untuk mengelakkan haiwan terjejas. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA