Gelombang haba menuju ke Sepanyol

Gelombang haba menuju ke Sepanyol

MADRID, 28 Jun (Agensi) – Stesen-stesen cuaca di seluruh Sepanyol memberi amaran kepada orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan gelombang haba melanda sebahagian besar negara tersebut, yang meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Agensi meteorologi negara tersebut berkata sebahagian besar udara panas yang berasal dari Afrika bergerak ke arah utara, membawa bersama suhu 40 Celsius.

Perkhidmatan meterologi timur laut Catalonia berkata dalam satu keterangan kelmarin bahawa haba tersebut membawa bersama “terutamanya risiko tinggi kebakaran hutan” di daerah-daerah Barcelona dan Girona.

Kerajaan serantau telah melarang penggunaan roket mercun dalam 500 meter kawasan hutan dan meminta agar para perokok untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata.

Merela juga menasihatkan agar orang ramai untuk sentiasa terhidrat sepanjang hari dan elakkan meminum minuman keras.