Gema Cipta UMS cungkil bakat pencipta lagu

Gema Cipta UMS cungkil bakat pencipta lagu

Oleh Norizan Murshid

 

KOTA KINABALU, Sabah, 24 Ogos – Pertandingan mencipta lagi anjuran pelajar Program Muzik di Fakulti Kemanusiaan seni dan Warisan (FKWS) Universiti Malaysia Sabah, Gema Cipta UMS 2015 kini kembali lagi untuk mencungkil bakat mencipta lagi dalam kalangan pelajar IPT/IPTS dan orang ramai di seluruh negeri Sabah.

Pendaftaran untuk pertandingan sudah pun bermula dan akan berakhir pada 28 September depan dengan yuran penyertaan RM50 bagi setiap lagu dan penyertaan tidak melebihi tiga lagu dengan tema bebas dan tidak berunsur negatif sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Menurut Ketua Program Muzik FKWS UMS, Roslee Haji Wahid, pertandingan akhir bakal berlangsung pada 24 Oktober 2015 dengan hadiah lumayan menanti pemenang. Ia akan diadakan di dewan Resital UMS dan 10 orang finalis akan berentap dalam pertandingan itu.

Roslee Haji Wahid semasa mengetuai Program Muzik FKWS sebelum ini.
Roslee Haji Wahid semasa mengetuai Program Muzik FKWS sebelum ini.

Ia akan turut diserikan dengan persembahan hebat pelajar Program Muzik yang berbakat besar dan artis tanah air.

Semua komposer dan penggiat seni di Sabah dialu-alukan untuk menyertai kerana pendaftaran adalah terhad. Bagi keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh berhubung terus dengan AJK Pendaftaran iaitu Alex, 012-8296183 dan Otnel, 013-5580137 serta layari Facebook rasmi Gema Cipta UMS 2015.