Gema dikir di Masjid Kg Kilanas

Gema dikir di Masjid Kg Kilanas

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Rombongan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, semalam, telah meneruskan Majlis Dikir Syarafil Annam sempena Sambutan Maulud Nabi S.A.W di Masjid Kampung Kilanas.

Rombongan yang terdiri daripada para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung Zon 2, 3 dan 4 Daerah Brunei dan Muara dengan diketuai oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim berkenaan telah mempersembahkan dikir Khairuman dan Bisyahrin.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin dan Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dikir dan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Kilanas, Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor dan bacaan selawat yang dipimpin oleh Tokoh Guru Berjasa 2015, Dato Seri Setia Haji Awang Mahalle bin Haji Awang Abdullah.

Rombongan Jabatan Daerah Brunei dan Muara bergambar ramai bersama jemaah Masjid Kampung Kilanas.
Rombongan Jabatan Daerah Brunei dan Muara bergambar ramai bersama jemaah Masjid Kampung Kilanas.

ARTIKEL YANG SAMA