Gembira Belgium mara ke pusingan akhir

Gembira Belgium mara ke pusingan akhir

BRUSSELS, 12 Okt – Pengendali Belgium, Marc Wilmots gembira dengan kejayaan pasukannya layak ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis, tahun hadapan apabila menundukkan Andorra, 4-1.

Empat gol Belgium dijaringkan Radja Nainggolan, Kevin De Bruyne, Eden Hazard dan Laurent Depoitre.

“Ini adalah perlawanan yang sempurna buat Belgium.

“Pertama, pemain kami tidak mengalami kecederaan, kedua, kami mendapat tiga mata dan ketiga, kami memimpin kumpulan selepas Wales kalah.

“Cuma ada satu kesilapan yang dilakukan pemain apabila membiarkan gol kita dibolosi, namun ia tidak penting kerana pemain melakukan apa yang saya arah,” katanya.

Gambar fail bertarikh 10 Oktober 2015 menunjukkan suasana ceria Marc Wilmots (kanan) dan pemain midfield, Radja Nainggolan ketika sesi latihan di Estadi Comunal di Andorra la Vella sebelum perlawanan Belgium menentang Andorra. – AFP

Euro 2016 merupakan aksi kelima Belgium di kejohanan tersebut selepas mara pada 1972 (tuan rumah), 1980, 1984, dan 2000 (tuan rumah bersama Belanda).

Belgium akan melengkapkan perlawanan terakhir aksi kelayakan dengan menentang Israel, esok.

ARTIKEL YANG SAMA