Gembira, terharu terima sumbangan

Gembira, terharu terima sumbangan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 3 Jun – Gembira, terharu dan ceria digambarkan melalui kata-kata dan wajah penerima pakaian dalam acara ‘Bantu, Senyum dan Terima Kasih’ Program Sumbang dan Bantu yang diungkayahkan oleh Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) di ruang legar Hua Ho, Petani Mall, Tutong hari ini.

Salah seorang yang mengikuti acara itu, Hajah Norhayati binti Tamin melahirkan rasa gembira dan terharu kerana ini kali pertama beliau menerima sumbangan baju daripada orang ramai.

Program ini, menurutnya, memberi peluang kepada orang sepertinya dan ramai lagi yang tidak mampu membeli pakaian raya.

Hajah Norhayati semasa menerima pakaian sumbangan.
Hajah Norhayati semasa menerima pakaian sumbangan.

Beliau yang datang bersama cucunya, berpeluang memilih baju secara percuma setelah mengetahui mengenai acara itu melalui radio dan berpuas hati dengan baju yang
disediakan.

Beliau juga merasa berbesar hati kerana baju yang diterima bak hadiah baginya yang menyambut hari kelahirannya ke-64 tahun hari ini dan meng-ucapkan terima kasih kepada
penyumbang baju serta berharap program itu diteruskan lagi pada masa akan datang.

Bagi sebuah keluarga yang enggan dikenali, mereka juga melahirkan penghargaan ke atas ingatan pihak penganjur yang menjemput mereka untuk memilih mana-mana pakaian yang disediakan. Semua pakaian yang dipilih akan dipakai untuk berhari raya kelak, memandangkan tahun ini, mereka tidak mampu membeli kelengkapan pakaian raya.

Mereka turut menambah agar program itu diteruskan lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri atau pada awal musim persekolahan kerana sudah pasti ramai yang memerlukannya.

 

ARTIKEL YANG SAMA