Gempa 4.4 magnitud landa Kathmandu

Gempa 4.4 magnitud landa Kathmandu

KATHMANDU, 17 Jun (Bernama) – Satu gempa bumi menggegarkan Kathmandu dan daerah berdekatan pada awal pagi ini.

Orang ramai keluar ke jalanan dan kawasan terbuka sambil menjerit kerana dikejutkan dengan gegaran itu sejurus selepas Subuh. Ada yang dilihat keluar dari rumah mereka dengan berbaju tidur.

Mengikut Pusat Seismologi Nasional (NSC), gempa bumi 4.4 magnitud itu berpusat di Kathmandu. Ia adalah gegaran susulan daripada gempa bumi besar yang berlaku pada 25 April lalu.

Tiada kerosakan baharu dilaporkan akibat gempa itu setakat ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Laxmi Prasad Dhakal berkata: “Setakat ini kami tidak menerima apa-apa laporan mengenai kerosakan baharu”.

Gempa bumi 7.9 magnitud menggegarkan Nepal pada 25 April, mengorbankan hampir 9,000 orang dan merosakkan harta benda bernilai berbilion dolar Amerika.

ARTIKEL YANG SAMA