Gempa 5.1 landa selatan Mexico

Gempa 5.1 landa selatan Mexico

MEXICO CITY, 29 Jun (Agensi) – Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata gempa bumi berukuran 5.1 magnitud telah melanda negara selatan Mexico di Oaxaca.

Bagaimanapun pegawai Mexico belum memberikan sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gempa tersebut melanda kawasan Isthmus of Tehuantepec sebelum 11 pagi waktu setempat kelmarin di kawasan pergunungan kira-kira 22 kilometer timur laut bandar Niltepec.

Ia mempunyai kedalaman 100 kilometer.

ARTIKEL YANG SAMA