Gempa 5.2 melanda barat daya Greece

Gempa 5.2 melanda barat daya Greece

ATHENS, 16 Feb – Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda semenanjung Peloponnese di barat daya Greece hari ini, menurut institut balai cerap geodinamik Athens, dengan tiada kerosakan atau kecederaan serta-merta dilaporkan.

Pusat gempa itu berada berdekatan bandar Pyrgos dan pada kedalaman hanya 10 kilometer (6.2 batu), menurut institut itu lagi.

Menurut pihak berkuasa tempatan ia dirasai dalam kawasan-kawasan terpencil sejauh di pulau-pulau Ionian.

Greece merupakan salah satu negara di Eropah yang sering dilanda gempa bumi. Pada November, gempa bumi berukuran 6.0 magnitud telah mengorbankan dua orang di kepulauan Ionian, Lefkada dan mengakibatkan kerosakan pada jalan-jalan dan bangunan-bangunan. – AFP