Gempa 5.3 magnitud landa Nepal

Gempa 5.3 magnitud landa Nepal

KATHMANDU, Nepal 19 Nov (Agensi) – Satu gempa bumi berukuran 5.3 magnitud mengejutkan Ibu Negara Nepal Kathmandu dan daerah-daerah bersebelahan hari ini, menurut Pusat Seismologi Kebangsaan Nepal.

Gegaran sederhana itu melanda pada jam 10:00 pagi waktu setempat dengan pusat gegaran di Daerah Sindhupalchowk di Tengah Nepal. Sindhupalchowk merupakan daerah bersebelahan ibu negara Nepal Kathmandu.

Nepal telah hancur dengan gempa bumi kuat dan gegaran susulan pada April dan Mei yang telah mengorbankan lebih daripada 9,000 jiwa.

ARTIKEL YANG SAMA