Gempa 5.8 magnitud landa Solomon

Gempa 5.8 magnitud landa Solomon

SYDNEY, 2 Julai (AFP) – Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda luar Pulau Solomon awal hari ini, menurut ahli geologi Amerika Syarikat (AS), namun tidak ada laporan awal mengenai kerosakan mahupun amaran tsunami telah dikeluarkan.

Gempa bumi melanda pada kedalaman 8.9 km, 92 km dari Kirakira dan 334 km dari bandar Honiara.Ia melanda pada jam 3:35 pagi hari ini (1935 GMT Rabu).

Solomon adalah sebahagian daripada ‘Lingkaran Api’ Pasifik, zon aktiviti tektonik yang dikenali tempat yang sering terjadi gempa bumi dan ledakan gunung berapi.

Pada 2013, Solomon dilanda tsunami selepas gegaran gempa bumi 8.0, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang mati dan ribuan lagi kehilangan rumah selepas bangunan dimusnahkan.

ARTIKEL YANG SAMA