Gempa 5.9 magnitud gempar Panama-Colombia

Gempa 5.9 magnitud gempar Panama-Colombia

BOGOTA, 29 Julai (Reuters) – Gempa bumi 5.9 magnitud melanda kawasan hutan di sempadan Panama-Colombia pagi ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata kekuatan gempa pada mulanya dicatatkan 6.1 magnitud yang berlaku di kedalaman 10 kilometer.

Pengarah Agensi Kecemasan Panama, Jose Donderis, berkata pihak berkuasa sedang memantau kejadian berkenaan namun setakat ini belum menerima maklumat mengenai kerosakan yang terbabit.