Gempa 7.6 magnitud gegarkan Peru-Brazil

Gempa 7.6 magnitud gegarkan Peru-Brazil

WASHINGTON, 25 Nov (Reuters) – Dua gegaran utama gempa sekuat 7.6 magnitud melanda sempadan Peru dan Brazil di lembangan Amazon, awal pagi ini, demikian lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran awal dilaporkan berkekuatan 7.1 magnitud berpusat di 296 kilometer (km) di barat daya Bandaraya Puerto Maldonado.

Gegaran sangat dalam iaitu 602 km di bawah bumi di kawasan yang hutan terpencil dan dijangka ia tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang besar.

Sementara itu, laporan menyebut gegaran dapat dirasai di beberapa bandar di Peru antaranya Cuzco, Tacna, Pucallpa dan Arequipa.

Gegaran juga berlaku di beberapa bahagian di utara Chile, Argentina dan Bolivia, demikian lapor media tempatan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA