Gempa baru buat penduduk panik

Gempa baru buat penduduk panik

PEDERNALES, Ecuador, 21 April – Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda luar pantai Ecuador pada hari Rabu, menimbulkan rasa panik terbaru, empat hari selepas gempa bumi kuat membunuh lebih daripada 500 orang dan mencederakan lebih 5,000.

Gempa terbaru itu tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan, tetapi kejadian gegaran berlaku di tengah-tengah malam, membawa kepada penduduk yang ketakutan berlari ke jalan di bandar peranginan yang musnah di Pedernales.

Sebahagian keluarga memilih untuk menghabiskan sisa malam di luar rumah kerana bimbang rumah mereka boleh runtuh seperti ratusan bangunan yang lain pada kejadian gempa 7.8 magnitud pada Sabtu lalu, kata pemberita AFP.

Angka daripada gempa bumi itu terus meningkat apabila pekerja kecemasan cuba membersihkan serpihan dari runtuhan, samaada dengan tangan atau peralatan asas. Presiden Rafael Correa berkata, menurut kenyataan terkini bahawa 525 telah terbunuh, manakala 5,733 cedera dan 163 hilang.

“Angka kematian akan terus meningkat. Banyak mayat mangsa telah ditemui,” katanya.

Penduduk membawa barangan mereka sehari selepas gempa bumi di Pedernales, Ecuador, pada Rabu lalu. – AFP
Penduduk membawa barangan mereka sehari selepas gempa bumi di Pedernales, Ecuador, pada Rabu lalu. – AFP

Sekurang-kurangnya 11 warga asing terbunuh dalam gempa bumi pada Sabtu lalu, yang melanda kawasan pantai Pasifik yang popular dengan pelancong. Mereka termasuk warganegara Britain, Kanada, Ireland dan beberapa negara Amerika Latin.

Pihak berkuasa Ecuador menyatakan gempa terkini itu adalah gempa susulan – salah satu daripada lebih daripada 500 sejak Sabtu, kata mereka. Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata ia melanda pada 03:33 pagi (0833 GMT) pada kedalaman 16 kilometer (10 batu). – AFP