Gempa bertubi-tubi landa Andaman

Gempa bertubi-tubi landa Andaman

NEW DELHI, India, 9 Nov (Agensi) – Sekurang-kurangnya lapan gempa bumi sederhana menggegar Pulau Andaman dan Nicobar di India dalam selang masa lapan jam hari ini, kata seorang pegawai kanan pengurusan bencana.

Bagaimanapun, tidak terdapatnya laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan kepada harta, kata beliau, dengan syarat namanya tidak disiarkan.

“Gempa bumi pertama melanda pada kira-kira pukul 4:12 pagi dan gempa terakhir pada kira-kira 10:30 malam waktu tempatan. Setiap gempa berukuran melebihi 5 di skala Richter,” kata pegawai itu.

Semua gempa bumi dicatat pada kedalaman 30 hingga 60 km, menurutnya, menambah tidak ada amaran tsunami yang telah dikeluarkan oleh India.

“Pegawai kanan pengurusan bencana telah bergegas ke kawasan terpencil pulau untuk menilai mana-mana kerosakan yang dialami,” kata pegawai.

Gugusan kepulauan Pulau Andaman dan Nicobar yang dikawal oleh kerajaan pusat di Teluk Bengal itu terkenal dengan zon gempa tinggi dan sering mencatat gegaran.

ARTIKEL YANG SAMA