Gempa bumi 3.1 di Korea U, bukanlah akibat ujian nuklear

Gempa bumi 3.1 di Korea U, bukanlah akibat ujian nuklear

SEOUL, 14 Mac (AFP) – Satu gempa bumi kecil berukuran 3.1 magnitud dikesan di Korea Utara pada awal hari ini, kata agensi cuaca kerajaan Korea Selatan, sambil menambah bahawa tidak ada tanda-tanda yang berkaitan dengan ujian nuklear.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), gempa bumi itu berlaku pada jam 05:17 pagi (2017 GMT Ahad) berhampiran bandar barat daya Korea Utara, Songlim.

Ianya dipercayai berlaku bukanlah daripada hasil ujian nuklear yang mana kawasan yang terjejas itu adalah berada jauh dari tapak ujian bawah tanah Utara Punggye-ri di timur laut negara itu.

“Ia adalah gempa bumi semula jadi. Kami tidak fikir ia adalah satu daripada ujian nuklear.” kata seorang pegawai KMA kepada AFP.

Tiada sebarang laporan mengenai apa-apa kerosakan.

Semenanjung Korea bukan kawasan aktiviti seismik atau gegeran yang kuat, walaupun gempa bumi kecil adalah perkara biasa. Apa-apa kejutan seismik atau gegaran sederhana biasanya akan diberi amaran awal, kerana ia boleh menjadi isyarat pertama pada ujian nuklear.

Petunjuk pertama ujian terakhir Utara pada 6 Januari adalah pada gegaran 5.1 magnitud di Punggye-ri yang telah dikesan oleh pemantau seismik antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA