Gempa bumi 5.3 gegar Pakistan

Gempa bumi 5.3 gegar Pakistan

ISLAMABAD, 4 Ogos (AFP) – Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegar wilayah Baluchistan di barat daya Pakistan hari ini tetapi pegawai tempatan memaklumkan tiada sebarang laporan berkaitan kerosakan atau kematian.

Gempa bumi berlaku pada kedalaman 27 kilometer dan berpusat di 82 kilometer barat daya daerah Khuzdar, wilayah Baluchistan apabila orang ramai merasai gegarannya.

Sehubungan itu, pakar meteorologi tempatan pada mulanya merekod bacaan gempa bumi pada 5.5 magnitud dan kedalaman cuma 10 kilometer dan berlaku 70 kilometer dari Khuzdar.

“Bacaan magnitud gempa bumi itu direkod pada 5.5 dan kedalaman 10 kilometer,” kata pakar meteorologi tempatan, Muhammad Shafique.

Sementara itu, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pernah melanda negara itu pada 8 Oktober 2005 yang mengorbankan lebih 73,000 orang dan menyebabkan 3.5 juta orang kehilangan tempat tinggal terutama di Kashmir.

Selain itu, gempa bumi 7.7 magnitud melanda beberapa kawasan di wilayah Baluchistan pada September 2013 menyebabkan sekurang-kurangnya 370 orang terkorban dan 100,000 orang kehilangan tempat tinggal.