Gempa bumi 5.7 landa Taiwan

Gempa bumi 5.7 landa Taiwan

TAIPEI, 7 Okt – Satu gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter melanda di luar pantai tenggara Taiwan lewat semalam, kata ahli seismologi, tiada kerosakan teruk dilaporkan.

Gempa bumi itu melanda 34 kilometer di timur-tenggara Bandar Raya Taitung pada 11:52 malam (1552 GMT), kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat. Pusat Biro Cuaca Taiwan menganggarkan kekuatan 6.0 magnitud pada kedalaman 20 kilometer.

Gempa bumi itu menyebabkan gangguan kuasa elektrik dan barang-barang yang berada di rak-rak kedai terjatuh dan berselerakan, menurut gambar yang disiarkan di laman web Central News Agency, tetapi tiada laporan kerosakan utama dilaporkan.

Taiwan kerap dilanda gempa bumi. Satu gempa bumi 6.4 skala Richter pada Februari lalu mengorbankan 117 jiwa apabila kompleks apartmen runtuh di sebuah bandar di selatan Tainan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA