Gempa bumi 5.7 magnitud gegar Wellington

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar Wellington

WELLINGTON, 9 Feb – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan ibu negara New Zealand, Wellington hari ini, menurut pusat pemantauan gempa negara itu.

Menurut laman web Geonet, pusat gempa ialah 35 kilometer ke tenggara bandar kecil di utara South Island, St Arnaud dan pada kedalaman 62 kilometer.

Saksi berkata, gegaran dapat dirasai di Wellington yang didiami kira-kira 450,000 penduduk. Tiada laporan awal berkaitan kerosakan atau kecederaan diterima.

Gempa bumi sering berlaku di New Zealand yang mana dua pulaunya terletak di sepanjang sempadan plat tektonik Australia-Pasifik.

Gempa bumi kuat 6.3 magnitud pernah melanda wilayah Canterbury, South Island pada 2011, menyebabkan kira-kira 200 terkorban. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA